My photo
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah ditubuhkan pada 10 Januari 1966 di kawasan seluas 9 ekar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sempena dengan itu, nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Swettenham Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah dibuka dengan rasminya oleh Raja Puan Muda D.Y.T.M Raja Zarina Binti Tan Sri Raja Zainal pada 14 Mac 1974. Mulai tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini merupakan gabungan tiga buah sekolah di sekitar Pelabuhan Klang iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang (kini SMK (P) Raja Zarina), Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan (L) Pelabuhan Klang (kini SMK Dato Hamzah) dan Sekolah Menengah Pelabuhan Klang (kini SMK Tengku Ampuan Jemaah).

Monday 22 April 2013

PENGHARGAAN KEPADA PENCERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN PMR & SPM 2013

Sijil dan cenderahati kepada penceramah Matematik PMR- Pn Hazrin Mat Liki
Penceramah B  Malaysia SPM - Pn Hafizah Mohamed
Penceramah Matematik SPM- Pn Ruzita Abdul Aziz
Penceramah Sains SPM - Pn Che Ruziah

No comments:

Post a Comment