My photo
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah ditubuhkan pada 10 Januari 1966 di kawasan seluas 9 ekar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sempena dengan itu, nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Swettenham Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah dibuka dengan rasminya oleh Raja Puan Muda D.Y.T.M Raja Zarina Binti Tan Sri Raja Zainal pada 14 Mac 1974. Mulai tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini merupakan gabungan tiga buah sekolah di sekitar Pelabuhan Klang iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang (kini SMK (P) Raja Zarina), Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan (L) Pelabuhan Klang (kini SMK Dato Hamzah) dan Sekolah Menengah Pelabuhan Klang (kini SMK Tengku Ampuan Jemaah).

Tuesday 26 February 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 37

Tarikh : 23.2.2013
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Dataran Hasimah
Tetamu kehormat : Dato' Dr Ching Eu Boon
Bacaan doa
Ucapan oleh Pengetua, Pn Hjh Lasiah Yeop Tasin
Ucapan oleh YDP PIBG, En Mokhtar Bin Manaf
Ucapan Perasmian oleh Dato' Dr Ching Eu Boon
Ibubapa
Persembahan oleh pelajar
Perrsembahan oleh pelajar
Mesyuarat sedang dijalankan
Cabutan bertuah
Jamuan

Pendaftaran