My photo
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah ditubuhkan pada 10 Januari 1966 di kawasan seluas 9 ekar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sempena dengan itu, nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Swettenham Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah dibuka dengan rasminya oleh Raja Puan Muda D.Y.T.M Raja Zarina Binti Tan Sri Raja Zainal pada 14 Mac 1974. Mulai tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini merupakan gabungan tiga buah sekolah di sekitar Pelabuhan Klang iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang (kini SMK (P) Raja Zarina), Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan (L) Pelabuhan Klang (kini SMK Dato Hamzah) dan Sekolah Menengah Pelabuhan Klang (kini SMK Tengku Ampuan Jemaah).

Friday 30 March 2012

Minggu Sains dan Matematik

Tempat : Dataran Hasimah
Tarikh : 26.3.2012
Masa : 7.30 pagi
Perasmian Minggu Sains & Matematik oleh Pn Hamidah Bt Ghazali

Demonstrasi eksperimen sempena pelancaran Minggu Sains & Matematik

Creating music using wine glass
Volcano eruption simulation

Wednesday 21 March 2012

Keputusan SPM 2011

Tarikh : 21.3.2012 (Rabu)
Tempat : Dataran Hasimah
Suasana di Dataran Hasimah, SMKP Raja Zarina semasa pengambilan keputusan SPM 2011
Hati pelajar berdebar-debar ketika mengambil keputusan
Pelajar terbaik RZ, Na Sze Yie