My photo
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah ditubuhkan pada 10 Januari 1966 di kawasan seluas 9 ekar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sempena dengan itu, nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Swettenham Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah dibuka dengan rasminya oleh Raja Puan Muda D.Y.T.M Raja Zarina Binti Tan Sri Raja Zainal pada 14 Mac 1974. Mulai tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini merupakan gabungan tiga buah sekolah di sekitar Pelabuhan Klang iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang (kini SMK (P) Raja Zarina), Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan (L) Pelabuhan Klang (kini SMK Dato Hamzah) dan Sekolah Menengah Pelabuhan Klang (kini SMK Tengku Ampuan Jemaah).

Monday 29 April 2013

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM TAHUN 2012


Tarikh : 27.4.2013
Masa : 7.30 pg - 12.30 ptg
Tempat : Dataran Hasimah

Nyanyian Gurindam oleh pelajar
Ucapan oleh YDP PIBG, En. Mokhtar Bin Manaf
Ucapan oleh Pengetua, Pn Hjh Lasiah Bt Yeop Tasin
Ucapan oleh VIP, Tn. Hj Mohd Mahmudi Bin Bakri
Pendaftaran
Pelajar cemerlang PMR
Pelajar Terbaik Aliran Sains SPM, Lim Sue Ann
Pelajar Terbaik Aliran Sastera SPM, Lim Hui Chin
Ketua Pengawas 2012, Nur Farain Hashira
Tokoh pelajar 2102, Ang Wan Yi
Persembahan tarian singa oleh pelajar Tingkatan 1

No comments:

Post a Comment