My photo
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah ditubuhkan pada 10 Januari 1966 di kawasan seluas 9 ekar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sempena dengan itu, nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Swettenham Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah dibuka dengan rasminya oleh Raja Puan Muda D.Y.T.M Raja Zarina Binti Tan Sri Raja Zainal pada 14 Mac 1974. Mulai tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini merupakan gabungan tiga buah sekolah di sekitar Pelabuhan Klang iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang (kini SMK (P) Raja Zarina), Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan (L) Pelabuhan Klang (kini SMK Dato Hamzah) dan Sekolah Menengah Pelabuhan Klang (kini SMK Tengku Ampuan Jemaah).

Saturday 21 April 2012

PESTA PERMAINAN

Tempat :SMK (P) Raja Zarina
Tarikh : 21.4.2012
Masa : 7.30 pg - 1.00 ptg
Ping Pong
Bola Keranjang
Bola tampar
Bola jaring
Catur
Sofbol
Hoki
Bola baling
Badminton
Penyampaian hadiah

No comments:

Post a Comment