My photo
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah ditubuhkan pada 10 Januari 1966 di kawasan seluas 9 ekar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sempena dengan itu, nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Swettenham Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah dibuka dengan rasminya oleh Raja Puan Muda D.Y.T.M Raja Zarina Binti Tan Sri Raja Zainal pada 14 Mac 1974. Mulai tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini merupakan gabungan tiga buah sekolah di sekitar Pelabuhan Klang iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang (kini SMK (P) Raja Zarina), Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan (L) Pelabuhan Klang (kini SMK Dato Hamzah) dan Sekolah Menengah Pelabuhan Klang (kini SMK Tengku Ampuan Jemaah).

Tuesday 28 June 2011

PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2011

TEMPAT : SMK DATO' HJ KAMARUDDIN, KUALA KUBU BAHRU, HULU SELANGOR
TARIKH : 23 JUNE 2011
PENCAPAIAN : JOHAN
Puteri-puteri RZ
Puteri RZ sedang menyediakan sajian
Tema pertandingan : Hidangan Pengantin Sajian Kebahagiaan
Meja pertandingan RZ
Kek perkahwinan sebagai hiasan
Sajian istimewa untuk pasangan pengantin
Hakim sedang merasa sajian
Puteri-puteri RZ mendapat JOHAN
Puteri-puteri RZ bersama guru KH dan GKMP Teknik dan Vokasional, Pn Che Ruziah

No comments:

Post a Comment