My photo
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah ditubuhkan pada 10 Januari 1966 di kawasan seluas 9 ekar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sempena dengan itu, nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Swettenham Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah dibuka dengan rasminya oleh Raja Puan Muda D.Y.T.M Raja Zarina Binti Tan Sri Raja Zainal pada 14 Mac 1974. Mulai tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini merupakan gabungan tiga buah sekolah di sekitar Pelabuhan Klang iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang (kini SMK (P) Raja Zarina), Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan (L) Pelabuhan Klang (kini SMK Dato Hamzah) dan Sekolah Menengah Pelabuhan Klang (kini SMK Tengku Ampuan Jemaah).

Wednesday 22 June 2011

Galeri foto Kempen Gaya Hidup Sihat

KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT
Tema : Keluarga Sihat Warga Sejahtera
Tarikh : 22.6.2011
Senamrobik 1 Malaysia
Senamrobik 1 Malaysia

Guru-guru RZ turut serta dalam Senamrobik 1 Malaysia

Pemeriksaan kesihatan
Kempen derma darah
Pameran Agensi Dadah Kebangsaan

Jualan Produk Kesihatan

Ceramah "Cara Mengatasi Stress"
Cabutan Rezeki

Ucapan oleh Pengerusi SUKRAN, En. Mohamad Aidol Saliman
Perasmian penutupan oleh Datin Paduka Senator Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Hj Onn

No comments:

Post a Comment