My photo
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah ditubuhkan pada 10 Januari 1966 di kawasan seluas 9 ekar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sempena dengan itu, nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Swettenham Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah dibuka dengan rasminya oleh Raja Puan Muda D.Y.T.M Raja Zarina Binti Tan Sri Raja Zainal pada 14 Mac 1974. Mulai tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini merupakan gabungan tiga buah sekolah di sekitar Pelabuhan Klang iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang (kini SMK (P) Raja Zarina), Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan (L) Pelabuhan Klang (kini SMK Dato Hamzah) dan Sekolah Menengah Pelabuhan Klang (kini SMK Tengku Ampuan Jemaah).

Saturday, 25 February 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 36

Tarikh : 25.2.2012
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Dataran Hasimah
Dirasmikan oleh Dr Ching Eu Boon
Meja Pendaftaran
Pendaftaran Ibubapa
Ceramah Keibubapaan
Dr Ching Eu Boon
Dr Ching sedang memeriksa perbarisan
Ucapan oleh Pengetua, Pn Hjh Lasiah
Ucapan oleh YDP PIBG, En Mokhtar Bin Manaf
Ucapan perasmian oleh Dr Ching
Persembahan oleh pelajar Ting 5
Mesyuarat Agung PIBG ke 36

No comments:

Post a Comment