My photo
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah ditubuhkan pada 10 Januari 1966 di kawasan seluas 9 ekar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sempena dengan itu, nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Swettenham Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah dibuka dengan rasminya oleh Raja Puan Muda D.Y.T.M Raja Zarina Binti Tan Sri Raja Zainal pada 14 Mac 1974. Mulai tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini merupakan gabungan tiga buah sekolah di sekitar Pelabuhan Klang iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang (kini SMK (P) Raja Zarina), Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan (L) Pelabuhan Klang (kini SMK Dato Hamzah) dan Sekolah Menengah Pelabuhan Klang (kini SMK Tengku Ampuan Jemaah).

Monday 18 July 2011

KUIZ EKONOMI ASAS DAERAH KLANG 2011

Tarikh : 19.7.2011 (Selasa)
Tempat : Dataran Hasimah, SMK(P) Raja Zarina
Ucapan Perasmian Penutupan oleh Pn Hamidah Ghazali
Peserta yang mendapat Johan dan Naib Johan
Peserta-peserta dari sekolah-sekolah menengah daerah Klang
Penyampaian cenderahati kepada hakim
Peserta RZ mendapat tempat ketiga- Teh Hui Shian
Tempat kedua- Lee Hui Yu dari SMJK Kwang Hua
Johan - Ahmad Aizuddin bin Azman dari SMAT Sultan Hisamuddin, Klang

1 comment:

  1. Thank you very much for the commitment and cooperation to all the AJK Pelaksana from T & V unit and also assisted by AJK from other unit - Ou Yong, Mee Yee, Hafizah, Hishamuddin, Hafizah, Saloma and Pn. Norlia and trainee Nasrul Akma.

    Your contribution is most appreciated.
    God Bless.

    Che Ruziah.

    ReplyDelete